KENAIKAN GAJI PENGERUSI FGV DI LUAR BIDANG KUASA KERAJAAN
1. Sebenarnya kalau majoriti rakyat Malaysia celik ilmu dan rajin membaca, tidak perlu pun saya menulis sebegini. Sayangnya Ahli Parlimen malah mantan Menteri terMUDA pun lolos sesat sama dalam kejahilan. Maka berbondong-bondonglah marhaen yang terpengaruh untuk melempar caci maki kepada kerajaan tanpa usul periksa. 2. FGV bukan milik kerajaan. Bukan milik Dato’ Seri Ismail Sabri. Bukan milik Kementerian Kewangan. Bukan milik Lim Kit Siang, bukan juga milik Bekas Menteri Belia Terbaik Alam Semesta Syed Saddiq. Ini hakikat pertama yang perlu ditelan. Sebagai syarikat yang disenarai awam dalam main listing Bursa Malaysia, segala keputusan ditentukan oleh pemegang saham ‘ordinary share’ tanpa kuasa sesiapa pun untuk membantah. Itu;ah hakikat sebuah perniagaan, tujuannya adalah untuk memberikan keuntungan kepada pemegang taruh. 3. Mengapa begitu ‘banyak’ naiknya? Mari kita bedah Laporan Tahunan dan penyata Kewangan FGV. Terkini 2021, untung bersih FGV 8.76 kali ganda dari 134, 19...