Pakatan Harapan Tidak Layak Berbicara Mengenai Kenaikan Harga
Pakatan Harapan sedang mainkan isu harga barang untuk memburukkan Kerajaan terkini.
Namun begitu , semasa mereka berkuasa selama 22 bulan Apa Yang Mereka Buat ?
Mari kita semak balik.
(1) Kenaikan harga telur
Saifuddin Nasution “Kementerian akan siasat.”
Salahuddin Ayub – “Ianya adalah perkara biasa disebabkan kenaikan bahan makanan ayam.”
(2) Kenaikan harga bawang 3 kali ganda
Saifuddin Nasution – “KPNHEP akan pantau kenaikan ini. Rakyat perlu tukar kepada bawang Holland.”
(3) Kenaikan harga ikan kembung
Salahuddin Ayub – “Saya pelik mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada 7 bilion ikan kembung dalam laut.”
(4) Kenaikan harga barangan kawalan
Saifuddin Nasution – “KPNHEP tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga barang kawalan. Kita akan siasat.”
(5) Kenaikan harga barang mentah dan basah menjelang Aidilfitri 2019
Saifuddin Nasution – “KPNHEP puas hati dengan trend semasa harga barang keperluan. Tiada kenaikan mendadak (kenaikan sedikit demi sedikit itu perkara biasa).”
(6) Kenaikan harga barang keperluan pada penghujung 2018 dan sepanjang 2019
Lim Guan Eng – “Kenaikan harga barang disebakan banyak faktor seperti penyusutan nilai Ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan. Ianya tidak dapat dielakkan.”
Apa Bezanya Dahulu Dengan Kini ?
A. Dahulu tiada isu inflasi global yang kini mencecah antara 8-0%
B. Tiada Perang Ukraine-Russia
C. Tiada Masalah Bekalan Tidak Mencukupi

Comments
Post a Comment