KADIR DIKADERKAN CADEER

 



Tuduhan Kadir Jasin berkenaan pemerkasaan bahasa melayu seolah olah  menunjukkan kelemahan YAB Ismail Sabri dalam penguasaan bahasa inggeris. Beliau turut berpendapat ia akan menjatuhkan maruah negara kerana bagi beliau andai kita bukan China, Amerika atau pun Jepun, tak usahlah kita berbangga menggunakan bahasa ibunda di mana-mana platform antarabangsa. Andai KADIR ini hidup ketika Jepun memulakan langkah memperkasakan bahasa di negara matahari terbit tersebut, percayalah. KADIR ini jugalah yang akan menentang kerana rasa paranoid di bom oleh bom atom masih terasa.

KADIR jelas telah berjaya di KADER kan oleh penjajah inggeris walaupun hari ini dimana bahasa terbukti bukan lagi menjadi penghalang dalam kemajuan sesebuah negara tetapi KADIR masih setia menentang agenda pemerkasaan bahasa melayu. Mungkin terbawa bawa dengan jiwa kewartawanan akhbar bahasa inggeris beliau dahulu, duduk bersama golongan elit bangsawan yang akhir nya membuat beliau cukup jaki dengan Perdana Menteri yang ingin mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa Asean. Syukur alhamdulillah KADIR ini tidak terikut trend budak 90an yang gemar menukar nama ke ejaan inggeris dan pastinya ia akan menjadi CADEER.

Tuduhan paling berat CADEER ini adalah menggambarkan Perdana Menteri kita seolah memaksa semua penjawat awam berbahasa melayu penuh pada setiap masa. Hakikatnya hanya pada ucapan rasmi di mana mana majlis yang berlansung sahaja. Andai CADEER ini juga mempertikai keupayaan Perdana Menteri berbahasa inggeris, Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya akan menjadi afidavit bahawa penguasan bahasa inggeris Datuk Seri Ismail Sabri bukan kaleng-kaleng.

Mungkin KADIR ini terlalu kolot sehingga perbandingan negara afrika menjadi asas beliau untuk menolak bahasa melayu. Tetapi beliau terlepas pandang, di EROPAH, kesatuan disana menggunakan 24 bahasa oleh setia ahli parlimen dan diterjemah kepada bahasa inggeris. Masing masing berbangga dengan bahasa ibunda mereka. Takkan lah Ukrain setanding China? Mana sama Crotia dengan Jepun? Malah negara yang meng KADER kan KADIR menjadi CADEER pon tidak pernah mempertikaikan isu bahasa ini.

Bahasa itu memang jiwa bangsa, tapi sayang KADIR ini jiwanya penjajah. Mungkin satu hari KADIR ini akan tersedar,saat Bahasa Melayu hebat dipertutur di peringkat antarabangsa, ketika itu CADEER ini akan merasa syukur, nama KADIR (kemampuan) itu lebih tepat sebutan dan maksud kepada diri nya.


Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

10 SEBAB MENGAPA DEMO ‘MANA KAPAL LCS’ GAGAL

Ismail Sabri Menjadikan Malaysia Hub 5G