Cubaan Sadis ‘Queen of Penyangak AP’ Menjadi Heroin Rakyat
1. Rafidah Aziz ini wanita yang hebat bermain kata-kata. Sedangkan dosa tidak bertudung pun boleh dikilas kepada kubur masing-masing, apatah lagi mahu menafikan skandal pengagihan AP beliau yang lebih besar dari nilai kerugian 1MDB.
2. “Saya tidak akan maafkan orang yang menyebar fitnah ini,”. “Saya yang membatalkan pemberian AP kereta import secara senyap-senyap, kalau tidak, orang UMNO marah,”. Masakan mungkin kemarahan orang UMNO dibalas dengan ganjaran beliau menjadi Menteri dalam MITI selama 21 tahun, malah diberi kepercayaan untuk bertanding dan menang menerusi kerusi UMNO selama 35 tahun.
3. Apakah penafian beliau boleh diterima tatkala pada tahun 2005 ketika Rafidah Aziz menyandang kerusi Menteri MITI, Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad adalah raja AP. Menurut senarai penerima AP yang dikeluarkan oleh Kerajaan semalam, empat - kesemuanya terlibat dalam penjualan kereta import - diberi lebih 28,000 daripada 67,158 AP yang diperuntukkan setakat tahun 2005.
4. 45,682 AP telah diberikan kepada 77 syarikat antara 2004 dan 2006, sambil menambah bahawa Naza Consortium, yang mempunyai 8,481 AP, mampu meraih RM424 juta. Juga di bawah perhatian Rafidah Aziz. Di mana penarikan AP yang beliau tegaskan setelah tidak lagi menjadi Menteri?
5. AP diberikan kepada saudara Rafidah selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh setiausaha agung Miti ketika itu Tan Sri Sidek Hassan memutuskan untuk tidak berhenti menganugerahkan AP francais pada 2005. Beliau berkata AP francais Volkswagen diberikan kepada Autostadt Sdn Bhd yang dimiliki oleh Zulkifli Ishak - yang isterinya Annie Tajol Arus, adalah anak saudara Rafidah - tanpa kelulusan jawatankuasa tersebut. Maksudnya? Adakah menarik semula AP cuma bukan dari kalangan kroni dan saudara mara?
6. Wajarlah Rafidah Aziz begitu lantang memberikan tentangan kepada Dato’ Seri Ismail Sabri. Selepas penghentian AP makanan dilaksanakan DSIS, banyak suara cuba memberikan pandangan agar pemansuhan dibuat kepada pemberian AP kereta import. Kroni siapakah yang akan rugi akibat penarikan monopoli lesen import ini?
7. Begitu keras ketakutan Rafidah Aziz kepada DSIS sehingga agenda pemerkasaan Bahasa Melayu juga diremehkan dan menjadi isu besar sehingga menjadi penghasut kepada puak-puak anglo-centric yang tidak mahir bertutur dalam Bahasa Ibunda. Semata-mata untuk meraih populariti dan memperleceh kepimpinan DSIS. Sebenarnya risau AP kroni ditarik semula.
8. Bukan main lagi dengan kenyataan ‘Penyangak dan perasuah berleluasa,’. Lupakah Rafidah Aziz sejarah 1995 ketika lima pertuduhan rasuah ke atas beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputera MITI yang meluluskan pemberian saham kepada menantunya? Kertas pertuduhan sudah ada, tetapi tidak dibicarakan di mahkamah, siapa penyangak dan perasuah ketika itu yang mebebaskan beliau?
9. Hari ini Rafidah Aziz sudah jadi hantu raya tak bertuan, terpekik melolong di media sosial dan portal berita menyuarakan kerisauan Malaysia akan mundur, dan mengkritik Kerajaan Malaysia. Rafidah Aziz jangan terlalu ingat pesan penyelamat beliau Tun M. Mungkin sebahagian Melayu mudah lupa. Tetapi tidak sebahagian besar yang lainnya. Mungkin Melayu mudah lupa, tetapi internet is forever. Berhati-hatilah dengan penyangak dan perasuah wanita ini. Beliau sedang bergelut menyelamatkan diri dan kroni!


Comments
Post a Comment