KENAIKAN GAJI PENGERUSI FGV DI LUAR BIDANG KUASA KERAJAAN
1. Sebenarnya kalau majoriti rakyat Malaysia celik ilmu dan rajin membaca, tidak perlu pun saya menulis sebegini. Sayangnya Ahli Parlimen malah mantan Menteri terMUDA pun lolos sesat sama dalam kejahilan. Maka berbondong-bondonglah marhaen yang terpengaruh untuk melempar caci maki kepada kerajaan tanpa usul periksa.
2. FGV
bukan milik kerajaan. Bukan milik Dato’ Seri Ismail Sabri. Bukan milik
Kementerian Kewangan. Bukan milik Lim Kit Siang, bukan juga milik Bekas Menteri
Belia Terbaik Alam Semesta Syed Saddiq. Ini hakikat pertama yang perlu ditelan.
Sebagai syarikat yang disenarai awam dalam main listing Bursa Malaysia, segala
keputusan ditentukan oleh pemegang saham ‘ordinary share’ tanpa kuasa sesiapa
pun untuk membantah. Itu;ah hakikat sebuah perniagaan, tujuannya adalah untuk
memberikan keuntungan kepada pemegang taruh.
3. Mengapa
begitu ‘banyak’ naiknya? Mari kita bedah Laporan Tahunan dan penyata Kewangan
FGV. Terkini 2021, untung bersih FGV 8.76 kali ganda dari 134, 193 juta kepada
1.175 bilion selepas cukai dan zakat. Siapakah yang dikirakan layak untuk
mendapat ganjaran selepas prestasi syarikat begitu memberangsangkan? Sudah
tentulah Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang berjaya menghimpunkan ‘retained
earning’ sebanyak RM 1.35 bilion dalam masa satu tahun.
5. Kasihankan
rakyat yang miskin? Menjadi tanggungjawab semua syarikat untuk membayar cukai kepada
kerajaan malah FGV juga memberikan sumbangan zakat kepada asnaf. Walaupun
keuntungan rendah pada 2020, zakat FGV tetap pada takat 16.3 juta sebelum ini
dan meningkat 17.4 juta pada tahun berikutnya. Malah cukai yang dikenakan
kepada FGV juga telah meningkat lebih 4 kali ganda berbanding 2020. Pada peringkat barisan pertama pula, ramai peneroka FELDA menikmati hasil berlipat ganda apabila pendapatan meningkat dengan kenaikan harga Tandan Sawit Segar melebihi RM 1 000 sebulan dengan purata hasil 9-12 tan sebulan.
6. Gaji
pengerusi FGV pernah dipotong sehingga 50% pada tahun 2019 sehingga ke takat RM
300 000 per tahun, di mana suara-suara sumbang ini yang tidak membuat kajian?
Bermaksud takat RM 480 000 masih rendah berbanding sebelum tahun 2019 yang
tidak merekodkan keuntungan buat perniagaan tersebut. Konsepnya, sekiranya syarikat
tidak mendapat keuntungan memberangsangkan, EGM boleh saja dilakukan dan
pemegang saham berhak menentukan potongan bayaran kepada BOD. Ini bukan fahaman
yang kompleks. Seawal Tingkatan Empat lagi murid sudah didedahkan dengan
prinsip perakaunan dan perniagaan mudah ini. Apalah guna miliki bergulung
ijazah kalau otak kosong hanya mahu menyebar manipulasi.
7. Sime
Darby, Hong Leong, Public Mutual, Maybank, Genting Berhad masing-masing bayaran
Pengerusi melebihi RM 1 juta, sehingga mencecah RM 200 juta gaji tahunan CEO
masing-masing (416 kali ganda lebih tinggi dari Pengerusi FGV). Adakah semua ini
juga salah kerajaan? Siapa Kerajaan Malaysia untuk mengawal International
Reporting Standard (IRS) dan mengehadkan kuasa-kuasa Multinational Corporation (MNC)
yang merentas transaksi antarabangsa untuk mengehadkan bayaran syarikat seperti
saranan Lim Kit Siang?

Comments
Post a Comment