5 Sebab Tergesa-gesa Adakan PRU-15 Pada Tahun Ini Akan Bawa Malapetaka Buat BN



1. Kesemua Negeri Pakatan Harapan Dan PAS Sudah Umumkan Akan Laksanakan PRN Pada Akhir Penggal ( 2023 ) 


Kepimpinan PAS mengekalkan keputusannya sebelum ini untuk tidak membubarkan DUN Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga tamat penggal masing-masing.

Selangor dan negeri Pakatan Harapan lain tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil daripada perbincangan bersama Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) dan menteri besar lain yang sepakat membubarkan DUN selepas tempoh penggal berakhir.


Keadaan ini hanya bermakna sekirannya BN bubar parlimen pada tahun ini juga maka sekurang - kurangnya 6 buah negeri tidak akan bubarkan DUN mereka.


Dari segi taktikal pilihan raya BN akan berhadapan dengan kesukaran menawan kembali negeri - negeri lain pada PRN lain jika PRU adalah pada tarikh yang berbeza. BN juga tidak pernah memiliki pengalaman berhadapan dengan PRU tanpa melibatkan sekurang - kurangnya 6 negeri. 


Kos yang akan menelan sekurang - kurangnya 1 Billion akan bertambah menjadi 1.5 atau 2 Billion jika PRU dan PRN dilakukan pada waktu yang berbeza juga akan dijadikan modal serangan pihak lawan. 


2. Perlu Masa Untuk Rakyat Nikmati Bajet 2023

Bajet akan dibentangkan pada 31 Oktober 2022. 


Bajet yang diluluskan perlukan masa untuk rakyat , penjawat awam dan pengundi menikmati nikmat untuk meningkatkan lagi peluang kemenangan Barisan Nasional. 


Bahaya untuk BN adakan PRU tanpa wang diturunkan kepada rakyat dan penurunan wang ini memerlukan masa sekurang - kurangnya 3 - 6 bulan untuk merasai nikmatnya. 


3. Akta Lompat Parti Belum Lagi Diluluskan 


Sekirannya akta ini belum lagi diluluskan maka segala kemenangan BN akan menyebabkan kecenderungan sejarah lama berulang apabila wakil rakyat boleh lompat parti dan membina pakatan mereka yang tersendiri. 


Keadaan ini bahaya kerana pihak menang nanti mungkin tidak dapat membentuk kerajaan atau terdapat sekali pertukaran kerajaan. 


4. Pengundi Cina Belum Lagi Kembali Kepada BN Sepenuhnya 


Untuk menang PRU maka dengan pengundi Melayu sedia ada hanya cukup untuk menangkan BN dengan kemenangan yang tipis. 

Namun begitu , dalam sejarah politik demografik Malaysia BN perlukan sokongan pengundi Cina sekurangnya - kurangnya 35% untuk menang majoriti 2/3. 


Kesemua PRN yang lalu walaupun pengundi Cina sudah kembali namun masih gagal lagi mencapai angka sebanyak 35%.


Lebih - lebih lagi ramai memilih untuk tidak keluar mengundi pada ketika itu. Kita tidak dapat meramalkan untuk PRU yang akan datang mereka tetap akan tidak mengundi seperti PRN apabila penyakit Covid kini sudah beransur pulih. 


5. Masalah Ekonomi Perlu Masa Untuk Selesaikan


BN tidak boleh tergesa - gesa adakan PRU tanpa menyelesaikan isu asas kehidupan rakyat seperti harga barangan , petrol , inflasi dan pelbagai lagi masalah. 

Dari segi imej Ismail Sabri sememangnya bersih , telus dan tiada skandal seperti kepimpinan lama BN. 


Namun begitu , dari isu diluar kawalan beliau seperti masalah ekonomi global yang menyebabkan harga ringgit kita rendah , harga barangan meningkat dan kekurangan bekalan ayam perlukan masa untuk menyelesaikannya. 


Tidak bijak untuk BN adakan PRU kini dengan tergesa - gesa sebelum menyelesaikan kesemua ini yang bakal diserang oleh pihak lawan.

Comments

Popular posts from this blog

10 SEBAB MENGAPA DEMO ‘MANA KAPAL LCS’ GAGAL

Ismail Sabri Menjadikan Malaysia Hub 5G