PH TIN KOSONG SELAMANYA BERKOKOK TAK BERTELUR




Kelmarin YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri mengumumkan kadar tambang percuma bagi semua rangkaian MRT, LRT, BR, bas RapidKL dan KTM Komuter di Lembah Klang selama sebulan sehingga 16 Julai. Pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang, menurut YAB Perdana Menteri.


DSIS telah mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa 1 Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi tujuan ini.


Selaras dengan teras Dasar Pengangkutan Negara, menjadi hasrat utama Kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang selamat, cekap, mampan dan boleh dipercayai. Penyediaan pengangkutan awam juga akan dipertingkatkan supaya Keluarga Malaysia menikmati akses lebih baik kepada perkhidmatan dan ketersambungan yang lancar seperti dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).


Ia adalah strategi serampang dua mata iaitu pertama, untuk mengurai kesesakan luar biasa yang terjadi di Lembah Klang dalam sebulan terakhir dan kedua, membantu kos pengangkutan warga bandar. Jika satu penumpang menikmati penjimatan RM 10 sehari, maka selama sebulan dia dah jimat RM 200-300. Jika satu keluarga, hampir seribu ringgit juga penjimatannya.


Pembangkang mengkritik langkah ini dengan mengatakan bahawa kerajaan patut tingkatkan frekuensi kereta api, perbaiki lift MRT dan hal ehwal penyelenggaraan yang tertakluk langsung di bawah seliaan PRASARANA, bukan di bawah program subsidi kerajaan kepada rakyat. Ya, semuanya memang perlu dilakukan dalam peruntukan untuk selenggara dan pembangunan jangka sederhana. Tapi bukan bermakna peruntukan RM 155 juta tambang percuma adalah sia-sia.


Ia adalah langkah drastik dan efektif, sama seperti cara kerajaan atasi krisis ayam dua bulan lepas. Disebabkan tindakan segera, maka isu ayam mereda kalau pun belum selesai sepenuhnya. Jadi, samalah dengan isu tambang percuma, ia langkah drastik untuk bantu warga Lembah Klang.


PH sepatutnya malu untuk bercakap pasal MRT sebab semua orang tahu dalam tempoh 22 bulan berkuasa, mereka telah mengurangkan saiz stesen, jumlah gerabak dsb sekaligus menunda pemodenan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Itu belum termasuk membatalkan HSR, dan mengganggu projek ECRL. Jadi, PH memang sangat GAGAL dalam hal pengangkutan awam walaupun ada yang suka berlakon dalam MRT.

Comments

Popular posts from this blog

10 SEBAB MENGAPA DEMO ‘MANA KAPAL LCS’ GAGAL

Ismail Sabri Menjadikan Malaysia Hub 5G