ISU PEMAKAIAN BAJU BERJENAMA OLEH ISMAIL SABRI
1. Tiada masalah untuk seorang pemimpin untuk memakai jenama apa sekalipun asalkan wang yang mereka terima itu adalah halal
2. Tiada gunanya seorang pemimpin berwajah musang dan berkulitkan ular dengan memakai pakaian yang murah tetapi wujudnya skandal berbunyi " I gave Guan Eng RM200,000 as part of 10% cut" dan " Lim Accepted RM100,000 Bribe With A Smile".
3. Ismail Sabri sebelum lagi terjun ke dunia politik merupakan seorang pengamal undang - undang dan sememangnya seorang yang berjaya. Beliau sememangnya mampu untuk membeli dan memakai baju berjenama sebelum menjadi ahli politik.
4. Jangan hanya kerana sehelai baju kita sempitkan pemikiran kita terhadap seorang pemimpin yang besih.
5. Jika Syed Saddiq yang masih lagi muda dan belum lagi berkuasa mampu juga menyewa dan kini tinggal di rumah bungalow mencecah puluhan ribu sebulan yang memerlukan sekurang - kurangnya 10 helai baju jenama yang dipakai oleh Ismail Sabri setiap bulan maka tiada masalah seorang PM dengan gaji sedia ada tanpa merompak hak dan kekayaan sesiapa mampu membelinya.
6. Seorang pemimpin kenalah menjadi 'Real' dan memakai baju yang berkualiti tinggi untuk memaparkan status mereka sebagai seorang pemimpin. Maksud 'Real' di sini bermaksud tidak berpura - pura. Majoriti pemimpin dunia juga memakai baju puluhan ribu sehelai.
7. Mengapa pula baju Ismail Sabri dijadikan isu sedangkan jam Swatch yang di pakai hanya bernilai RM 700? Bandingkan sahaja jam tanga Ismail Sabri dengan pemimpin lain di Malaysia maka nilai harga sehelai baju jenama Ismail Sabri akan menjadi sekecil nyanmuk.

Comments
Post a Comment