Posts

Showing posts from April, 2022

Antara Persepsi dan Realiti

  Majoriti kita selama ini telah di racun dengan propaganda, Muslim Uighur di Xinjiang diseksa jika mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Kononnya kerajaan China terlalu kejam terhadap etnik Uighur. Rupanya ini hanya lah sekadar persepsi. Tidak benar sama sekali. Cuba kita lihat sendiri video yang tersebar luas ini, etnik Uighur begitu gembira menyambut majlis berbuka puasa dalam cuaca yang sangat dingin. Ya, mereka bebas mengamalkan ibadah yang dituntut oleh Islam tanpa sebarang sekatan. Inilah realiti. Kebenaran akan muncul jua.

Agenda Perisikan China Gugat Keharmonian Antarabangsa

Image
Adakah anda ambil kisah tentang siapa, atau syarikat mana yang membina jalan raya, jambatan, sekolah, tapak pelupusan sampah, pengangkutan awam atau infrastruktur awam seperti hospital? Di mana sahaja kita ti nggal, asalkan keperluan sebegini tidak melibatkan kos yang tinggi, atau terkait dengan skandal kewangan gergasi, mungkin hal sebegini bukan keutamaan kita untuk ambil tahu. Tetapi bagaimana dengan jaringan komunikasi? Ia mungkin perkara yang berbeza. Generasi internet baharu 5G sudah dilancarkan di serata dunia. Ia tidak terhad kepada kegunaan telekomunikasi semata-mata, malah ia melonjakkan lagi pelbagai bidang lain termasuk pembuatan dan perubatan melalui kepintaran buatan yang semakin maju, malah kemajuannya mencapai tahap penyediaan pemanduan automatik untuk orang awam. Ini bermakna teknologi 5G mempunyai kesalinghubungan jaringan yang sangat tinggi antara satu industri dan industri yang lain malahan melibatkan jumlah pengguna teknologi terbesar dalam sejarah dunia. Berma...

Disebalik Kongres Uyghur Sedunia: Rakyat Malaysia Yang Terkeliru

Image
  Semangat Ramadan mengalu-alukan bukan sahaja umat Islam, tetapi kepada semua rakyat merentasi sempadan negara dan agama untuk memberi perhatian secara konsisten terhadap golongan minoriti yang tidak bernasib baik dan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka menangani perkara ini. Walau bagaimanapun, tidak semestinya apa yang kita dengar, itulah kebenarannya kerana mungkin juga wujud salah faham serta intepretasi yang tidak tepat. Hal sebegini berlaku di dalam isu Hak Asasi Manusia kerana wujud beberapa campur tangan di pelbagai lapisan peringkat. Tidak lagi menjadi rahsia bahawa Kongres Uyghur Sedunia (WUC) dibiayai oleh AS dan telah mengetuai jaringan pemisah yang telah membentuk perkongsian dengan organisasi sayap kanan etno-nasionalis dan memperkenalkan diri mereka sebagai pertubuhan hak asasi manusia di peringkat akar umbi. Tujuan mewujudkan kongres ini agak jelas: mewujudkan ketidakstabilan terhadap China dan mengakibatkan perubahan rejim di Beijing. Untuk pengetahuan semua, ...

TM, DNB tandatangani perjanjian berharga RM 2b untuk perkhidmatan 5G

Image
  KUALA LUMPUR (14 April): Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu persetujuan bersama Digital Nasional Berhad (DNB) pada hari Khamis berkaitan perkhidmatan 5G yang bernilai RM 2 bilion. Persetujuan tersebut adalah seperti terma yang dipersetujui dua pihak tersebut pada 16 Disember lalu. Perjanjian ini melibatkan kontrak bertempoh 10 tahun, menurut TM ketika penyimpanan dokumen tersebut berlaku bersama Bursa Malaysia. "Perjanjian berlangsung dari 28 Ogos 2021 dan akan kekal sehingga tempoh tamat 10 tahun kemudian melainkan kontrak ditamatkan mana-mana pihak," kata TM.  Di bawah persetujuan dua pihak tersebut, DNB akan melanggan 5G RAN-to-Edge (Fronthaul dan Backhaul) sebagai penyelesaian tunggal terminal ke terminal untuk peruntukan kesalinghubungan gentian yang akan mengupayakan DNB mengagihkan capaian 5G kepada pengguna.  Nilai saham TM meningkat 6 sen lebih tinggi (peningkatan 1.23%) pada RM 4.94 Khamis lalu, menjadikan nilai kesel...

TELCO BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Image
  Selepas kata akhir dikeluarkan Kabinet Malaysia melalui Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOMM) pada 16 Mac 2022, syarikat telekomunikasi di Malaysia kelihatan acuh tidak acuh untuk menyahut seruan kerajaan untuk pembangunan rangkaian dan infrastruktur 5G. Beberapa proksi Syarikat Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) juga mengeluarkan kenyataan keras terhadap usul kerajaan bahawa ia hanyalah perhiasan jendela (window dressing ) yang tidak menguntungkan MNO. Harus diingatkan bahawa agenda utama pembangunan teknologi 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson bukanlah telaga minyak yang diteroka untuk mengayakan mana-mana perniagaan. Tujuan utama agenda kerajaan adalah untuk memperkasakan fasiliti dan capaian internet di seluruh negara sekaligus merapatkan jurang digital sedia ada di negara ini yang telah diabaikan MNO.   Model Kerjasama Awam-Swasta Sekalipun kita berbicara soal keuntungan, MoF telah berlapang dada...

23 KES PENCEROBOHAN KAPAL CHINA DI PERAIRAN NEGARA DIREKOD TAHUN LALU

Image
Pemantauan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati sebanyak 23 kes pencerobohan oleh kapal China pada tahun 2021 di Zon Maritim Malaysia (ZMM) di Laut China Selatan telah direkodkan. Dalam jawapan parlimen, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata Pengawal Pantai China (CCG) dikesan berada di perairan negara ini sejak 2013. "Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menugaskan kapal perang TLDM untuk berada di perairan tersebut secara berterusan dan diselangi dengan penugasan kapal daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengukuhkan hak kedaulatan negara melalui pelaksanaan Operasi SATRIA dan Operasi SINAR SAMUDERA. "Penugasan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara berkala juga membantu dalam aspek pemantauan dan mempertahankan kedaulatan ZMM negara di Laut China Selatan," kata Hishammuddin dalam jawapan kepada kepada Larry Sng (Bebas-Julau). Kapal China juga sering dikesan berhampiran Luconia Shoals yang terletak dalam ZEE Malay...

5G: Apa Lagi Telco Mahu?

Image
Usai keputusan kerajaan memberikan pemilikan Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga 70% secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun, masih ada lagi proksi dari Syarikat Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang cuba menimbulkan kegusaran terhadap pelancaran rangkaian dan infrastruktur 5G di bawah DNB. Selepas 16 Mac 2022, Kenanga Research telah mengeluarkan pandangan kebimbangan kepada RangkaianTunggal Borong (SWN) yang dijalankan DNB. Beberapa pertikaian dari Kenanga Research adalah dikitar semula sejak tahun lalu lagi. Institut kajian yang mendakwa mereka neutral dalam agenda pembangunan telekomunikasi negara ini masih lagi menunjukkan ketidakpuashatian kepada keputusan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sekiranya Kenanga tidak berpendapat sebarang usaha yang dilakukan Ericsson-DNB sebagai langkah penambahbaikan, ia jelas muncul sebagai pemain belakang MNO sekaligus tidak menggambarkan integriti dan kredibiliti institut tersebut sebagai pihak...

Ismail Sabri Menjadikan Malaysia Hub 5G

  Selaras dengan keputusan tepat kerajaan untuk menyegerakan pelancaran 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) pada 16 Mac lalu, negara akan berkembang pesat dengan revolusi digital pada pelbagai peringkat. Sesuai dengan peralihan negara ke era Internet of Things (IoT), Malaysia akan muncul sebagai Hub 5G di rantau ASEAN melalui kepimpinan Kerajaan Keluarga Malaysia YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri. Minggu ini, semasa sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2022, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa digitalisasi pengguna menjadi alternatif dalam mengadaptasi perubahan gaya hidup norma baharu. Ia dapat dilihat dengan penggunaan medium dalam talian bagi pelbagai tujuan seperti urus niaga, mesyuarat, malah sesi pembelajaran. Pendigitalan operasi terus diperkukuh untuk membantu usahawan tempatan bangkit semula dan menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi rakyat serta pembangunan ekonomi negara. Matlamat untuk membina Bangsa Usahawan dan menjadikan Malays...

Memacu Ekonomi Digital Bersama Ismail Sabri

  Perkembangan teknologi sudah menjadi satu perlumbaan di seluruh dunia. Kini, transisi ekonomi semakin jelas beralih kepada struktur ekonomi digital. Malaysia tidak ketinggalan dalam perlumbaan untuk menjadi juara dalam pelaksanaan ekonomi digital. Sejak 2020 lagi, negara ini sudah memulakan usaha untuk membangunkan 5G. Tekanan dari industri menghambat kabinet untuk meneruskan pelan Rangkaian Borong Tungal (SWN) atau alternatif Rangkaian Borong (DWN). Keputusan Perdebatan Pada 16 Mac lalu, Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memberikan pengumuman keputusan bahawa kerajaan akan mengekalkan SWN sebagai kaedah perlaksanaan 5G di Malaysia dengan memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk turut memegang ekuiti dalam perbadanan Digital Nasional Berhad (DNB). Di bawah model SWN, spektrum 5G akan dianugerahkan kepada DNB. Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) seperti Digi, Maxis, Celcom dan UMobile perlu membeli akses kepada data te...

Digital Nasional Berhad Menjayakan Revolusi Industri 4.0

Image
Oleh: YBhg Datuk Fadzlette Othman Merican  Sesuai dengan peralihan negara ke era Internet of Things (IoT), Malaysia akan muncul sebagai Hub 5G di rantau ASEAN melalui kepimpinan Kerajaan Keluarga Malaysia YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri. Industri 5G di bawah seliaan Digital Nasional Berhad akan menberi manfaat utama kepada bidang-bidang berikut; 1) Industri 4.0 Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) sudah tiba dan sedang menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, ekonomi global juga sedang giat mengalami transformasi melalui pencapaian baharu teknologi yang merentasi alam fizikal, digital dan biologi. Kemunculan teknologi baharu seperti automasi, robotik, kecerdasan buatan (Al), Mesin ke Mesin (M2M) dan internet benda (loT) mengubah cara dunia beroperasi. Muthakhir ini, teknologi 4IR juga telah membantu usaha memerangi pandemik COVI D-19 di seluruh dunia. Ternyata penggunaan teknologi tersebut tiada batasan. 2) Bandar Pintar 15 kawasan perbandaran akan dibangunkan ...

DNB Membugar Ekonomi Bumiputera

Selaras dengan Teras Pembangunan Bumiputera TBP 2030 di bawah Rancangan Malaysia ke-12, projek mega pelancaran 5G di bawah seliaan Digital Nasional Berhad (DNB) sudah pastinya menjadi agenda yang dinanti-nantikan usahawan bumiputera. Untuk menyambut hasrat kesalinghubungan rangkaian 5G di bawah DNB, Telekom Malaysia (TM) Berhad telah menandatangani kontrak perkongsian teknologi gentian bernilai RM 2 billion untuk tempoh 10 tahun. Ketua Pegawai Eksekutif TM, Imri Mokhtar telah memberi jaminan bahawa vendor dan pembekal bumiputera akan menerima manfaat langsung dari kerjasama ini. Beberapa bidang utama yang berkaitan telah dikenalpasti termasuk Perkhidmatan Kejuruteraan, Pembekalan Gentian,   Penyediaan Aksesori dan Peralatan Premis, Pembangunan Menara, serta Pembinaan Saliran Bawah Tanah. Berdasarkan pelaksanaan aplikasi teknologi gentian semasa, TM menganggarkan lebih dari 70% keseluruhan kerja yang disenaraikan tersebut akan melibatkan syarikat tempatan terutamanya dari...

DNB Talian Hayat Terakhir Malaysia

Krisis pelaburan Malaysia berada di ambang kecemasan. Kerencaman politik menggusarkan bukan sahaja masyarakat, malah ia jelas telah merombak haluan pelbagai syarikat gergasi ke negara tetangga dengan keraguan yang munasabah. Bagaimanapun, payung sudah disediakan sebelum hujan. Digital Nasional Berhad (DNB) menyahut panggilan Malaysia untuk projek mega pembangunan infrastruktur dan rangkaian 5G sebelum nafas ekonomi menjadi semakin perlahan. Iltizam ini disahut pula dengan bantuan dari Ericsson, sebagai jauhari dalam manikam teknologi, yang menjamin negara untuk berdiri lebih tinggi walaupun duduk sama rendah bersama Revolusi Perindustrian 4.0 yang berlaku di rantau Asia Tenggara. Syarikat konsultan AT Kearney menjangkakan aplikasi 5G di negara-negara ASEAN akan meningkatkan pendapatan pengguna sehingga 9% dan pendapatan perniagaan sehinggan 22%. Dalam keanggotaan ASEAN, Filipina, Singapura dan Malaysia telah menunjukkan pendirian tegas untuk membangunkan infrastruktur dan rangkaian s...