TM, DNB tandatangani perjanjian berharga RM 2b untuk perkhidmatan 5G

 



KUALA LUMPUR (14 April): Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu persetujuan bersama Digital Nasional Berhad (DNB) pada hari Khamis berkaitan perkhidmatan 5G yang bernilai RM 2 bilion.


Persetujuan tersebut adalah seperti terma yang dipersetujui dua pihak tersebut pada 16 Disember lalu.


Perjanjian ini melibatkan kontrak bertempoh 10 tahun, menurut TM ketika penyimpanan dokumen tersebut berlaku bersama Bursa Malaysia.


"Perjanjian berlangsung dari 28 Ogos 2021 dan akan kekal sehingga tempoh tamat 10 tahun kemudian melainkan kontrak ditamatkan mana-mana pihak," kata TM. 


Di bawah persetujuan dua pihak tersebut, DNB akan melanggan 5G RAN-to-Edge (Fronthaul dan Backhaul) sebagai penyelesaian tunggal terminal ke terminal untuk peruntukan kesalinghubungan gentian yang akan mengupayakan DNB mengagihkan capaian 5G kepada pengguna. 


Nilai saham TM meningkat 6 sen lebih tinggi (peningkatan 1.23%) pada RM 4.94 Khamis lalu, menjadikan nilai keseluruhan syarikat meningkat kepada RM 18.64 bilion.

Comments

Popular posts from this blog

10 SEBAB MENGAPA DEMO ‘MANA KAPAL LCS’ GAGAL

Ismail Sabri Menjadikan Malaysia Hub 5G