DNB Talian Hayat Terakhir Malaysia
Syarikat
konsultan AT Kearney menjangkakan aplikasi 5G di negara-negara ASEAN akan
meningkatkan pendapatan pengguna sehingga 9% dan pendapatan perniagaan
sehinggan 22%. Dalam keanggotaan ASEAN, Filipina, Singapura dan Malaysia telah
menunjukkan pendirian tegas untuk membangunkan infrastruktur dan rangkaian
sendiri. Mandat kerajaan diberikan kepada Digital Nasional Berhad yang
diperbadankan Kementerian Kewangan sebagai pemacu infrastruktur dan
rangkaian Teknolgi 5G di Malaysia.
Pemilihan China dikecam Nikkei
Asia pada Disember 2021 apabila Pejabat Presiden Jokowi seolah-olah mendiamkan
diri setelah protes Indonesia secara terang-terangan dilakukan terhadap layanan
negara tersebut kepada puak minoriti Muslim Uighur. Persatuan Pembekal Rangkaian
Telekomunikasi (ARJATEL) M. Ariff Angga menyatakan bahawa pembangunan 5G di
negara tersebut akan memakan masa lebih lama disebabkan teknologi 4G belum
dibangunkan sepenuhnya. Sehingga pertengahan 2021, negara terbesar di Asia
Tenggara itu baru sahaja melepasi separuh (52%) wilayah yang menerima akses 4G.
Cabaran peningkatan kos tetap berlaku walaupun Huawei menawarkan kos in
frastruktur dan rangkaian yang lebih murah kepada Indonesia.
Bermaksud, pelaburan yang
diberikan Huawei kepada Indonesia tetap tidak akan memberikan pulangan segera.
MoU tersebut nyata sekadar bunga diplomasi ekonomi Indonesia kepada rakan
dagang terbesar mereka China.
Vietnam Januari tahun lalu juga mengumumkan untuk membangunkan infrastruktur
dan rangkaian 5G sendiri, dengan sentimen ‘bebas China’ selepas menolak
teknologi Huawei menerusi syarikat nasional Viettel. Negara termaju di rantau
ini, Singapura juga membelakangi Huawei apabila mengumumkan pilihan mereka
kepada Finland (Nokia) dan Ericcson (Sweden).
Menurut penyelidikan yang
dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), aktiviti ekonomi
berkaitan 5G dianggarkan menyumbang tambahan RM12.7 bilion kepada KDNK antara
2021 dan 2025. Pada tahun 2025 sahaja, sumbangan 5G kepada KDNK Malaysia
dijangka mencecah RM5.3 bilion pada tahun-tahun berikutnya, bahagian aktiviti
5G dan Industri 4.0 yang didayakan 5G dalam KDNK Malaysia diunjurkan akan terus
meningkat.
Permintaan untuk 5G akan
merentasi pelbagai industri dalam sektor pembuatan, khususnya dalam kalangan
pemain industri komponen dan modul semikonduktor, iaitu syarikat Perhimpunan
dan Ujian Penyumberan Luar (OSAT) dan pengeluar Peralatan Ujian Automatik
(ATE). Syarikat seperti Inari Amertron, Malaysian Pacific Industries (MPI) dan
Aemulus ditetapkan untuk menjadi penerima manfaat utama, memandangkan
pendedahan mereka kepada proses pemasangan, pembungkusan dan ujian cip RF.
Bersempena dengan permulaan
perkhidmatannya, DNB telah menawarkan perkhidmatan 5G menyeluruhnya tanpa kos
sehingga S1 2022 kepada semua Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang
disepadukan ke dalam rangkaian DNB. Sebahagian kawasan Kuala Lumpur, Cyberjaya,
dan Putrajaya sudah menjadi pemula projek bagi rangkaian ini bermula Disember
lalu.
Pada 11 Januari 2022, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) baru-baru ini
mengumumkan kerjasama mereka untuk inisiatif pendidikan 5G di Malaysia yang
akan membantu mendidik pelajar Malaysia mengenai 5G. Kerjasama ini akan
membolehkan pelajar UTM mengambil bahagian dan menyumbang kepada ekonomi
digital negara dan Revolusi Industri 4.0. Fokus usaha ini adalah untuk mengubah
pengalaman pembelajaran sejajar dengan zaman Internet of Things (IoT).
Program rintis sebegini memberi
peluang kepada ahli akademik dan pemain industri tempatan untuk mengembangkan
peluang keusahawanan. Kerjasama dan peluang bukan sahaja dibuka kepada pengguna
untuk menikmati capaian internet yang lebih laju dan meluas. Kepakaran baharu
diperlukan untuk mengabungkan tenaga guna industri dan kepakaran akademik.
Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Ericsson, Börje Ekholm, berkata Malaysia berpotensi menjadi peneraju
global dalam 5G yang membolehkan usahawan tempatan membangunkan solusi dengan
rangkaian berkenaan. Fokus Ericsson dan DNB juga adalah untuk menggunakan tenaga
buruh tempatan, supaya harga teknologi akan menjadi lebih murah.
Dengan kesediaan DNB untuk
mengorak langkah lebih jauh, adalah tidak wajar sekiranya pemberian projek ini
ditender semula kepada syarikat lain. Pelaburan Ericcson di negara ini adalah
satu tuah yang tidak sepatutnya disambut dan dipelihara, bukan ditelan dan
diluah ke rengkung buaya atau harimau
untuk kepentingan poket sesetengah individu sahaja.
Sudahkah kita lupa dengan
transisi politik yang rancak menafikan hak pelaburan oleh syarikat
multinasional hanya kerana perselisihan faham politik? Di Selangor, projek
Canal City yang diperkenal Barisan Nasional (BN) dibatalkan Pakatan Harapan
pada 2008 selepas tampuk kepimpinan negeri diambil alih PH. Usai Pilihanraya
Umum ke-14 Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghukum rakyat apabila membatalkan
Projek Mega rel Berkelajuan Tinggi High Speed Railway (HSR) sekaligus
menafikan pendapatan negara sebanyak RM 4 billion setiap tahun operasi. Projek
Mega MRT 3 juga menerima nasib yang sama. Awal 2021 PH dan Perikatan Nasional
(PN) juga bersetuju membatalkan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2)
yang menjejaskan tender subkontraktor bumiputera.
Persoalannya, di mana kita berada sekarang? Mungkin sebelum ini kita belum
tenat dan mampu menolak pelaburan luar dengan bersahaja dengan pelbagai alasan.
Hari ini, keyakinan Presiden Jokowi sudah berkumandang di Media Sosial, peri
yakinnya beliau terhadap limpahan ekonomi dan betapa Indonesia sudah menjadi
magnet pelaburan alaf baru.
Ini bukan masanya tangan yang
menerima menolak mesra tangan yang memberi. Talian hayat kita sudah
disambungkan. Persetujuan juga sudah dimeterai. DNB bukan sahaja bersedia, DNB
telah membuka langkahnya. Ini bukan masanya pengagihan semula tender ini
dibincangkan. Ini masa kita untuks ama-sama bergerak ke hadapat. Agar tidaklah
langkah syarikat-syarikat ini berlalu melangkah keluar dan tinggallah kita
dengan debu-debu tin kosong pertelingkahan.
Comments
Post a Comment