Memacu Ekonomi Digital Bersama Ismail Sabri
Perkembangan
teknologi sudah menjadi satu perlumbaan di seluruh dunia. Kini, transisi
ekonomi semakin jelas beralih kepada struktur ekonomi digital. Malaysia tidak
ketinggalan dalam perlumbaan untuk menjadi juara dalam pelaksanaan ekonomi
digital. Sejak 2020 lagi, negara ini sudah memulakan usaha untuk membangunkan
5G. Tekanan dari industri menghambat kabinet untuk meneruskan pelan Rangkaian
Borong Tungal (SWN) atau alternatif Rangkaian Borong (DWN).
Keputusan
Perdebatan
Pada 16 Mac
lalu, Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memberikan
pengumuman keputusan bahawa kerajaan akan mengekalkan SWN sebagai kaedah
perlaksanaan 5G di Malaysia dengan memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi
di Malaysia untuk turut memegang ekuiti dalam perbadanan Digital Nasional
Berhad (DNB). Di bawah model SWN, spektrum 5G akan dianugerahkan kepada DNB. Pengendali
Rangkaian Mudah Alih (MNO) seperti Digi, Maxis, Celcom dan UMobile perlu
membeli akses kepada data tersebut yang mana akan dipindahkan kepada pengguna
akhir bersama pakej yang ditawarkan.
Situasi Menang-menang
untuk Industri dan Kerajaan
Sebelum ini, Kementerian
Kewangan memiliki 100 peratus ekuiti DNB. Kesepakatan telah diusulkan untuk DNB
membuka tawaran 70% pegangan ekuiti kepada syarikat telekomunikasi manakala kerajaan
terus memegang baki 30%. Segala pemilikan dan nilai ekuiti adalah tertakluk
kepada rundingan DNB dan syarikat-syarikat telekomunikasi. Lanjutan isi
kandungan perjanjian disasarkan akan dimuktamadkan secepatnya. Model kerjasama
awam-swasta ini adalah keadaan menang-menang, untuk perkongsian kepakaran dan
keuntungan yang sesuai.
Agenda
Merapatkan Jurang Digital
Jika kita menilai
keputusan kerajaan, tindakan kerajaan pimpinan Dato Seri Ismail Sabri untuk
mengekalkan model SWN adalah satu langkah yang bijak dan tepat. Berbeza dengan
perlaksanaan 3G dan 4G di bawah bidang kuasa syarikat telekomunikasi, model persaingan
dalam perniagaan mereka akan cenderung untuk memilih kawasan yang hanya padat
penduduk untuk memberi pulangan keuntungan yang tinggi. Kesannya, kawasan luar
bandar tidak mempunyai akses kepada internet yang baik, malah lebih menyedihkan
ada kawasan yang tidak mempunyai akses internet langsung. Contohnya seperti
kisah saudari Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk menjawab
peperiksaan dan kisah saudara Frank Steward yang mendaki selama tiga jam untuk
mendapatkan internet untuk menghadiri sesi temuduga.
Sekiranya
Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menjadikan elektrik sebagai utiliti, DNB
boleh menjadikan internet sebagai utiliti kepada masyarakat. Penstrukturan
sebuah perbadanan untuk bertanggungjawab kepada hak masyarakat membuktikan
komitmen Dato Seri Ismail Sabri untuk merealisasikan aspirasi Keluarga Malaysia
dalam usaha beliau untuk merapatkan jurang antara masyarakat bandar dan luar
bandar. Dengan menikmati akses yang sama, murid dan pelajar di luar bandar
tidak lagi perlu gusar akses internet sewaktu PDPR, peperiksaan atas talian dan
sebagainya.
Merancakkan
Pembangunan Ekonomi Digital
Usaha untuk
membangunkan 5G dan ekonomi digital tidak pernah dilupakan oleh Perdana Menteri
Malaysia kita. Misalnya, sewaktu lawatan rasmi beliau ke Vietnam baru-baru ini,
beliau telah menjemput pelabur-pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di
Malaysia dalam bidang pendigitalan, pembuatan pintar dan keselamatan siber. Hakikatnya,
tindakan Ismail Sabri untuk teruskan modal SWN dengan DNB adalah satu tindakan
yang akan membuatkan pelabur yakin dengan kita. Keputusan yang tegas dan tidak ‘flip
flop’ ini akan menunjukkan pendirian kerajaan amat tegas terhadapa keadilan
pelaburan di Malaysia.
Pelaksanaan 5G
merupakan satu komponen utama untuk kerajaan merealisasikan aspirasi ekonomi
digital negara seperti yang termaktub dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital dan
RMK-12. Pelaksanaan 5G akan meningkatkan perubahan sosioekonomi negara dan
menyumbang sebanyak RM650 billion kepada KDNK negara sehingga 2030. Malah pelaksanaan
5G mampu untuk membuka industri-industri baharu seperti keselamatan siber yang
boleh untuk mewujudkan ribuan peluang kerja.
Skim Murah
Mesra Pengguna
Melalui DNB,
segala caj 5G kepada pengguna akhir akan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM). Isu bayaran tidak munasabah tidak akan muncul
lagi. Hal yang lebih menarik, harga internet dijangka akan turun kerana DNB hanya
akan mengenakan caj 20 sen per gigabit kepada pengendali syarikat
telekomunikasi, berbanding sebelumnya, 44 sen hingga 55 sen per gigabit dalam
internet generasi terdahulu.
Apakah jaminan 5G ini akan lagi murah?
MNO hanya perlu membayar DNB sebanyak RM3.5 hingga 4.0 billion selama sepuluh
tahun. Berbeza dengan kos semasa yang perlu ditanggung oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi iaitu selama RM1.0 billion setahun, penjimatan hampir 60%
berbanding status quo.
DNB menjanjikan
pelancaran 5G yang lebih pantas di seluruh negara. MNO baru sahaja menyiapkan
pembangunan 4G pada tahun lepas, mereka pasti memerlukan masa untuk memulakan
projek 5G. Bahkan pembangunan teknologi 4G juga disusuli dengan dana tambahan
dari kerajaan melalui program Jalinan Digital Negara (JENDELA) walaupun MNO
sebenarnya sentiasa mengaut keuntungan besar.
Usah Ulangi
Kegagalan Lampau
DNB bukan
sekadar memasang 5G, tapi tugas DNB lebih besar daripada itu, DNB adalah satu
pintu kepada Malaysia dan rakyatnya untuk merealisasikan manifestasi ekonomi
digital. Tidak wajar jika negara tidak belajar dari sejarah kegagalan syarikat
telekomunikasi memberikan perkhidmatan yang baik sejak internet diperkenal
melalui rangkaian mudah alih. Kerajaan pimpinan Ismail Sabri terlihat bersedia untuk
bersaing dengan rakan-rakan serantau, sebenua malah rakan rakan dari seluruh
pelusuk global. DNB akan membawa seribu satu kebaikan kepada kita semua, boleh
menarik pelabur, boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan lebih penting, membawa
kita ke satu pengalaman kehidupan yang berbeza.
Mohamed Zul
Fadhli Khairuddin
Timbalan
Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar
Universiti
Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment