10 SEBAB MENGAPA DEMO ‘MANA KAPAL LCS’ GAGAL
Protes ‘Mana Kapal LCS’ ternyata hanya menjadi acara syok sendiri Pembangkang untuk timbulkan kekecohan. Tidak ada sambutan pun dari orang ramai, yang ada hanya rombongan Syed Saddiq menyambut hujan. Protes sebegini sebenarnya memang hanya bertujuan dipolitikkan kerana pembangkang sudah taka da modal sebab memang tak ada fungsi sepanjang penggal.
1. Rakyat dah letih dengan propaganda pembangkang. Yang ada cuma riuh pertikai semua tindakan orang lain. Tidak ada sumbangan pada rakyat. 7. Dalam masa 4 tahun progress kapal LCS cuma 3%. Di mana fungsi PH ketika menjadi Pembangkang? Forensik Audit, siasatan dibuat atas motif politik, ini sumbangan kepada kelewatan tempoh siap.
2. Masyarakat tiada pilihan selain fokus kepada pembangunan ekonomi dan kehidupan harian. Bukan masanya mahu menghasut rakyat untuk membazir tenaga dan masa untuk sama-sama jadi tin kosong.
3. RM9 bilion tak hangus. Isunya kelewatan perolehan. Bukan kapal tu hilang macam terowong Lim Guan Eng. Ketika zaman PH, penangguhan penyiapan kapal memakan kos RM 50 juta sebulan sehingga LTAT menjadi mangsa kerugian, juga sumbang pada kelewatan.
4. Ejen Propaganda utama – Syed Saddiq? Sudah selesai dan bebas tuduhan mahkamah atau belum? Tak habis-habis mahu timbulkan kekecohan untuk alih perhatian?
5. YAB Perdana Menteri sudah beri kenyataan agar siasatan dijalankan SEKIRANYA berlaku salah guna kuasa. YAB DSIS juga sudah beri jaminan tidak ada intervensi sesiapapun dalam institusi kehakiman. Siapa pembangkang mahu mengdahului badan kehakiman?
6. Rakyat Kepimpinan Kerajaan Keluarga Malaysia dah bagi subsidi RM77.7 bilion,ditambah lagi dengan bantuan tunai berjumlah RM 10.46 bilion. Rakyat mahu mulakan hidup semula dengan bantuan kerajaan dan menjalankan aktiviti ekonomi, bukan menimbulkan kekecohan.
7. Ini adalah masa untuk pelbagai inisiatif dan dasar yang dijalankan kerajaan untuk mula digerakkan dan dirasai rakyat dalam peruntukan terbesar Malaysia sebanyak RM 400 bilion dalam RMK-12 tahun lalu.
8. Pelbagai faktor demokrasi sudah dikukuhkan dalam setahun pentadbiran YAB DSIS termasuk pelbagai siri undang-undang baharu dan pindaan serta pembukaan Parlimen. Bincang saja di Parlimen, kehadiran di sana lebih ramai dari himpunan gangguan awam sebegini.
9. Usaha ke arah kestabilan politik oleh kerajaan seolah-olah dipandang ringan pembangkang.
10. Jemaah Menteri melalui YAB PM telah memutuskan agar Laporan JKSTUPKK yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum. Tidak ada makna perhimpuan ini dianjurkan lagi.

Comments
Post a Comment